You signed in with another tab or window. Reload to refresh your session.You signed out in another tab or window. Reload to refresh your session.You switched accounts on another tab or window. Reload to refresh your session.Dismiss alert
[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu
Sila baca panduan ini sebelum menulis terjemahan.
Anda juga boleh rujuk di sini untuk mengumpulkan terjemahan untuk istilah-istilah yang terdapat dalam dokumentasi Vue. Anda dipersilakan untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan terjemahan ataupun terjemahan istilah baru.
Panduan
Antara panduan untuk menterjemahkan perkataan dan istilah dalam Vue:
Rujuk DBP sebagai sumber utama. Tekan pautan belah kanan seperti Istilah Bahasa Melayu, Kamus Teknologi Maklumat dan sebagainya untuk mendapatkan konteks yang paling tepat dengan istilah yang ingin diterjemah.
Pilih hanya satu terjemahan daripada DBP yang paling kena dan bunyinya tidak janggal pada telinga. Ingat, terjemahan tersebut harus dekat dengan rakyat.
Sekiranya mampu, elakkan daripada menggunakan terjemahan yang merupakan kata pinjam terus daripada Bahasa Inggeris. Contohnya, untuk kata effective, jangan gunakan efektif, tetapi gunakan berkesan. Untuk efficient, jangan gunakan efisien, tetapi gunakan cekap.
Sekiranya tidak terdapat perkataan lain yang lebih sesuai, barulah guna kata pinjam Bahasa Inggeris. Contohnya, Component -> Komponen, Documentation -> Dokumentasi.
Kurangkan penggunaan imbuhan sekiranya penambahan imbuhan tersebut boleh menambah kekeliruan. Contohnya, rendering boleh diterjemah secara terus kepada pengemasgabungan, tetapi istilah yang dipilih ialah kemas gabung untuk memudahkan pemahaman.
Dalam menterjemah sesebuah frasa ataupun ayat, jangan terjemah bulat-bulat mengikut perkataan. Terjemah frasa atau ayat secara keseluruhan. Kita tak nak terjemahannya bunyi macam Google Translate. Ingat, yang paling penting, pastikan bunyinya kena dengan telinga kita mengikut laras Bahasa Melayu.
Gunakan gaya bahasa yang berada di antara formal dan pasar. Kita nak ayat tersebut tidak berbunyi seperti kitab dan buku teks tebal sampai susah nak faham, tetapi pada masa yang sama kita nak ayat tersebut kekalkan profesionalisme laras bahasa dokumentasi ini. Apapun, yang paling penting, pastikan ayat tersebut senang faham dan mudah dihadam oleh orang ramai.
Untuk istilah yang juga merupakan nama fungsi atau API tersebut, kekalkan namanya. Ini untuk memastikan istilah tersebut senang dirujuk pada contoh kod dalam dokumentasi ini. Pada masa yang sama, letakkan maksudnya dalam kurungan. Contoh, onMounted (ketika dipasang), computed (terhitung). Gunakan peraturan ini secara sederhana dan jangan kekalkan perkataan asalnya terlalu kerap jika mampu.
Terjemahan
(?) menandakan kurang pasti akan terjemahan yang dipilih. Silakan komen dibawah cadangan terjemahan anda dan penambahan istilah baru. Terima kasih!
English
Bahasa Melayu
Adoptable
Mampu diserap
Attribute
Atribut (guna BI kerana $attrs)
Bound
Ikat
Browser
Pelayar
Build
Bina
Build step
Langkah bina
Build tools
Alat bina
Command line
Garis perintah
Component
Komponen
Computed
Terhitung
Created
Dicipta
Declarative
Penyataan
Documentation
Dokumentasi
Dependency
Tanggungan
Deployment
Pasang atur
Directory
Direktori
Event listener
Pendengar peristiwa
Extension
Penambah
Feature
Ciri
Framework
Kerangka
Function
Fungsi
Hooks
Pencangkuk (?)
Incrementally
Secara berperingkat
Install
Pasang
Instance
Tika (?)
Interface
Antara muka
Lifecycle
Kitaran hidup
Lifecycle hooks
Pencangkuk kitaran hidup
Mounted
Dipasang
Packages
Bungkusan
Playground
Tapak Percubaan
Production
Pengeluaran
Properties/Property
Sifat
Reactive
Reaktif
Reactivity
Kereaktifan
Rendering
Kemas gabung
Shipping
Melayari
State
Keadaan (?)
Syntax
Sintaks
Template
(?)
Tooling
Peralatan
Unmounted
Dicabut
Updated
Dikemaskini
User interface
Antara muka pengguna
The text was updated successfully, but these errors were encountered:
Ada projek2 terjemahan lain kedalam Bahasa Melayu yang saya boleh refer?
@khairulhaaziq Malangnya saya tak terjumpa pula projek terjemahan BM open source macam ni 😅. Kalau ada jumpa dipersilakan untuk share kat sini. Buat masa sekarang, boleh rujuk terjemahan Introduction yang saya tulis sebagai rujukan asas.
[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu
Sila baca panduan ini sebelum menulis terjemahan.
Anda juga boleh rujuk di sini untuk mengumpulkan terjemahan untuk istilah-istilah yang terdapat dalam dokumentasi Vue. Anda dipersilakan untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan terjemahan ataupun terjemahan istilah baru.
Panduan
Antara panduan untuk menterjemahkan perkataan dan istilah dalam Vue:
effective
, jangan gunakanefektif
, tetapi gunakanberkesan
. Untukefficient
, jangan gunakanefisien
, tetapi gunakancekap
.Component
->Komponen
,Documentation
->Dokumentasi
.rendering
boleh diterjemah secara terus kepadapengemasgabungan
, tetapi istilah yang dipilih ialahkemas gabung
untuk memudahkan pemahaman.Terjemahan
(?)
menandakan kurang pasti akan terjemahan yang dipilih. Silakan komen dibawah cadangan terjemahan anda dan penambahan istilah baru. Terima kasih!The text was updated successfully, but these errors were encountered: